RSS

Rempah ratus


Sedikit nota mengenai bahan bahan yang digunakan dalam masakan.

Makan Dalam



Hmmm

Kali ni nak tulih byk sket pasai lama dah tak tuleh...

K Kali ni. Hati limpa Goreng

Syoknya kalu musim raya haji. Bercambah2 org bagi.

Hat ni kami buat kat umah ummat 402. Daging sume habih takdak pa dalam peti ais tinggai hat ni saja. Jadi kami proses la hati n limpa ni untuk dimasukkan dalam perut.

K..
1. Potong bagi elok.
2. Goreng tanpa minyak bagi kering ayaq dia
3. Bila dah kering, tuang minyak, bawang tumis, KKmanis, lawang n pelaga.
4. Gula garam, cabai potong, bawang hiasan, daun sup @ bawang.

Disebabkan ahli kami sorang tak makan kicap jadi semua org kena pantang kicap. Kalu nak sedap lagi buh la kicap sket. Kalu kawan tu tak perasan buh ja. Satgi dia yg nak hirup perabih.

Bakaq Hanguih

Salam...

ni pula ikan temenu bakaq.

Ikan temenu jenih besar ni mai dari Yaman. Rasa dia mcm besa la.
Bila tgk ikan ni terasa lapaq plak jadi saya memilih untuk menulis biografi ikan nie:

K cara2 nya bagi yg bujang :

1. Ikan temenu di senggari (belah belakang) senang nak buh isi.
2. Isi ( tomato, bawang, cabai, daun ba'dunis, dan perencah Spice lil Samak) gaul sekali.
3. Sumbat masuk dalam perut ikan tu.
4. Bakaq guna syawaiyah karan atau arang.
5. Bagi sapa yang nak jemur boleh gak, tapi tak pasti bila dia boleh nak makan ikan temenu dia tu.

k. Try la...
ikan len pun boleh..Bulty tak payah la. goreng pon sodap.

Kawarek


Salam, kepada kawan2...

Kali ni berasa nak buh gambaq kawarek plak..
Walaupun dah terlepas musim tapi kalu berasa terliuq sekali-kali buleh buat gak kan na?

ok bagi yg selalu buat buat benda ni memang mudah gak la tapi lama sungguh untuk membuahkan hasil. 3-4 jam gak la. Kira ambubah mai dengan moto tu kena keloi siap dah.
Tapi ada jugak kawan kita yg menggunakan "periuk tekanan." Hmmm kalu pakai cara ini memang mujarab tapi kena bagi 350.00 kat kedai mana2 mercato ka,spinney ka, carefour ka atau mana2 kedai yg dirasakan wujud.

ok...
Apapun kita tgk cara pembikinannya:

1.Sepuntung atau beberapa puntung Kaki Lembu
dibasuh bagi elok.
2. Rebus sampai agak lembut
3. Tauk rempah ratus sup, serbuk sup,serbuk kurma
4. Blend bawang merah puteh. Boleh juga tauk selabu terus bwg puteh bagi sapa2 yang kuat la.
5. Buh daun bawang n daun sup
6. Buh garam

Kalu rajin letak nasi sepot atau rebus la makarona ka apa ka.. kalu dah tak rajin sgt hirup langgah gutu la... k selamat mencuba

Meriah nya.....


Nasi Ayam...

Hmm nie nasi ayam yang dipersembahkan sempena Hariraya Aidilfitri.
Cara2 dia aku tak mau habaq...
Sapa lapaq boleh mai umah aku dengan seekor ayam. InsyaAllah kita proceed.... haha

Fresh


Ulam Segar

Kempen memakan ulam dan sayur-sayuran untuk menjaga kesihatan.

Ayam Merah Madu


Ayam Masak Merah Madu

Cara-caranya :-
1. Goreng ayam.
2. Blend bwg merah, putih, halia, serai, cabai kering.
3. Tumis KKManis.
4. Masukkan bahan yang diblend.
5. Tunggu sampai pecah minyak, masukkan solsoh, gula.
6. Boh ayam yang telah digoreng tadi.
7. Garam dan madu.
8. Bawang hiasan dan daun sup.
6.

Hirup sikit!!!!


TOMYAM

Penggemar makanan berkuah pasti tak melepaskan peluang untuk menikmati tomyam. Org yang expert buat tomyam ni adalah orang Thai. Tapi kalau setakat nak buat makan kita-kita ni, jom la try buat tengok.

Cara2 tomyam toriq aku:-

1. Ayam sekor ( habuan kawan2 celapak mai tak dijemput)
2. Katam kecik2
3. Rebus ayam. Jangan sesekali tumis.
4. Blend bawang merah,putih, dan cabai melaka. @ Blend bawang putih dan cabai kering @ pi la cari perencah dia tu.
5. Serai, bawang, daun limau, sayur kobis, carrot, bunga kobis, tomato. Gula dan garam.
6. Perah limau dan tabur daun bakdunis.

Ha hirup la perabih. Enak dimakan dengan nasi, mee, bihun atau kueyteaw.

Tukar Selera...



Kibda Ketchup

Hmm bagi yang menggemari organ dalaman. Hati adalah pilihan yang terbaik. Sekilo hati lembu boleh didapati dengan murah dan mudah. Kali ini, kita akan rasa hati masak kicap pula.

1. Potong hati seberapa banyak yang mahu. Sebesar dadu adalah ukuran yang baik.
2. Masak tanpa minyak untuk mengeluarkan ayaqnya agar mudah empuk.
3. Tumis bawang merah,putih, KKManis, buah pelaga, bunga lawang.
4. Masukkan hati tadi. Tuang sedikit ayaq.
5. Tuangkan kicap. Gula and garam secukup rasa.
6. Bawang hiasan dan cabai merah.

Bagi sapa yang rasa tak sedap hati tak payah makan la. Satgi kawan2 susah hati semak perut nak bwk p klinik. Tapi kalau setakat nak masak untuk membe apa salahnya. Sekilo hati dalam 12-15 kot. Try la cari tgk. Kalau ada tempat murah calling2 no.

Lagi Mudah cek ooiii.....


INDOMEE

Hehe...
Resepi ni adalah merupakan makanan dan hidangan kebangsaan dan kebanggaan golongan belia bujang di rantau orang atau di mana2. Disebabkan mudah dan cepat serta pantas untuk disajikan, malah lazat pula rasanya bagi yang lapaq tak sangga.

Cara menyediakannya:-
1. Sebungkus indomee.
2. Tumis @ rebus.
3. Sayur, daging, telur.
4. Siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba

MIE BASAH

Ok kali nie... Aku nak kongsi ngan membe2 mie ni. Secara pastinya taktau nama apa. Tapi disebabkan kebasahannya. Dinamakan MIE BASAH. Ni mie yang aku makan di rumah kawan. beralamat di : 402, imarah Kedah, ElToob el Ramly, Madinat Nasr, Egypt. Dan banyak jgk lepas ni resepi2 yang aku muatkan di sini berasal dari lubuk makanan ni.

Cara:-
1. Sebungkus Makarona (4 org makan utk laki)
2. Sayur, daging and telur. Gula, garam, and perencah la kalu ada.
3. Kawan2 tau dak cara buat mie goreng?
4. Sama ja cara dia mcm mie goreng cuma tambah ayaq skit bagi basah kalu gamak kata dia kering.
5. K selamat mencuba

Oii Oii Sedap dak!!!!!

Padprik Ayam

Salam...

Resepi kali nie simple ja.
Bagi yang takdak masa nak masak, dan kawan dok kejan suruh masak juga bolehla cuba buat yang ni.

Cara2nya:-

1. Potong ayam kecik2 bagi senang dan cepat masak.
2. Carrot, cabai hidup, bunga kobis atau brokoli dan apa2 sayur lagi yang ada peti ais kita tu.
3. Tumis bawang merah, putih.
4. Masukkan serbuk cabai atau cabai yang diblend dengan sedikit bawang putih.
5. Bila pecah minyak boh salsah sikit. Masukkan ayam.
6. Agak lama sikit masukkan sayur tadi.
7. Gula, garam dan serbuk halia. Boleh juga boh serbuk lada hitam sikit.
8. Nak bagi pekat kuah kita tu, boleh bancuh nisya atau tepung jagung dan tuang dalam masakan tu.
9. Hias2 sikit bagi berselera. Dan siap untuk dimakan.
10. Panggil kawan hat yang dok kejan kita tadi tu. Jamu makan dulu pastu suruh dia basuh belanga. Pasai kita dah penat2 masak.

K Selamat Mencuba.

Cuba Lagi....





Ayam Goreng Berempah

Ok... yang spesial untuk kawan2 yang lama dah teringin nak makan ayam. Lama sangat makan ayam goreng biasa kali ni cuba kita tukar selera kepada Ayam Goreng Berempah. Macam mana..? Nak dak?

ok cara2 nya:-

1. Blend bawang merah, putih, serai, halia, jintan manis.
2. Tuang kat ayam yang telah dipotong.
3. Masukkan sikit serbuk kari daging and serbuk cabai ( kalau nak pedas la)
4. Perap dulu. Lagi lama lagi bagus.
5. Agak lama dah perap, bolehla mula menggoreng.
6. Ajak kawan yang lama dah kempunan nak makan. Jamu depa sama.

Selamat menikmatinya.

Ada lagi.....

Salam.

Ni satu lagi resepi yang aku nak kongsi dengan kawan2 semua.

Udang Goreng

Caranya senang ja pun.

1. Beli udang di pasar. Harganya mungkin 45,50,60 sekilo. Tapi buleh cari yang murah tapi besar cantik la.
2. Buang kulit dia.
3. Buang tahi dia. Ada di belakang. Lepas kupas kulit belah tengah belakang dia. Akan nampak urat. Buang urat tu.
4. Gaul dengan perencah yang dibeli di kedai.
5. Atau kawan2 semua nak buat perencah sendiri pun buleh jugak.
( campur serbuk kari, serbuk lada, gula and garam )
6. Goreng dan hidangkan dengan sos Maklong.

Mari Tengok Dulu


Bila perut berkeroncong, tiba2 ada pulak kawan memberi segenggam satay..ahhh alangkah bahagianya..

Jadi tunggu apa lagi..jom buat satay..hahahaa


Resepi untuk buat satay cara aku:-

1. Dada ayam dipotong ikut besar mana yang nak
2. Blend bawang merah, putih and serai pastu gaul dengan ayam tadi
3. Boh madu, serbuk halia,serbuk kunyit, serbuk kulit kayu manis, kuzbarah, gula and garam
4. Gaul bagi rata. Perap sat.
5. Sukatan dia ikut hangpa la. Pandai-pandai bajet la. Serbuk Kulit Kayu MAnis jangan banyak sangat sat lagi pedas.
6. Cucuk lah ia dengan lidi.
7. Pastu bakar.

Sudah siap satay kita. Selamat Mencuba.....